Showing posts with label Berita Cinta. Show all posts
Showing posts with label Berita Cinta. Show all posts

Sebab Lelaki Mencintai Perempuan

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.


Sumber



Dengan Siapa Saya WAJIB BERHIJAB Dan HARAM BERSALAM?

Perempuan

Penerangan:
Warna putih: Mahram kekal (tidak wajib berhijab dan boleh bersalam)
Warna kuning: Wajib berhijab dan haram bersalam.

Lelaki

*Perhatikan rantaian-rantaian di dalam chart. Jangan keliru. Perhatikan dengan teliti.

*Kalau tak faham, tanyalah kepada ustaz atau sesiapa yang lebih arif.



Tanda-Tanda Sikap Isteri Curang Dan Tips

  1. Dia selalu berasa emosi dengan anda/perkara kecil pun anda menjadi pergaduhan
  2. Dia membeli seluardalam/bra atau baju baru
  3. Dia memulakan membuat E-mail baru tanpa pengetahuan anda
  4. Dia sering keluar bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa jam
  5. Dia mempunyai pil pencegahan keluarga/pil perancang
  6. Dia mula menyimpan nombor telefon dan telefon yang di akaunkan kepada nama syarikat/tanpa pengetahuan anda
  7. Dia kehilangan cincin perkahwinan/cincin perkahwinan berpindah dari kiri ke kanan atau sebaliknya
  8. Dia memadamkan mesej atau daftar setiap panggilan/ memadamkan setiap mesej di peti e-mail
  9. Dia sering mencurigai anda contoh:memeriksa email atau telefon anda seperti mana yang dia lakukan dibelakang anda
  10. Dia akan mengatakan “macam mana kalau saya sudah mati”
  11. Dia mengeluarkan barangan mainan anak-anak daripada kereta
  12. Dia mendapat calar kecil dibahagian leher atau belakang
  13. Dia berhenti melakukan hubungan badan buat tempoh yang lama
  14. Dia tidak ingin anda melihat tubuhnya dalam tempoh seminggu atau lebih/kerana mungkin ada kesan tanda merah ditubuhnya(love bite)
  15. Dia memulakan pergaduhan dan pergi keluar untuk membeli belah
  16. Dia membenarkan anda keluar dan anda boleh balik rumah pada lewat petang
  17. Dia mengambil cuti kerja tanpa pengetahuan anda
  18. Dia menunjukan reaksi kurang selesa dengan anda
  19. Dia mengambil lebih banyak masa dengan komputer daripada anda/termasuk apabila anda sudah tidur
  20. Dia keluar rumah bila tengah malam/semasa anda tiada dirumah
  21. Dia menyimpan barangan kecil yang anda tidak pernah belikan atau yang dia pernah beli dan tunjukan kepada anda
  22. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan termenung bila anda perhatikan dan memarahi anda bila menegurnya
  23. Apabila suami menyambut telefon milik isteri yang tertera nama wanita tetapi talian ditutup oleh pendail.
  24. Dia mengatakan ada yang tidak kena pada dirinya/tidak berasa sehat dan masuk tidur(perbuatan yang kerap)
  25. Dia menyambut telefon dan berpura-pura rakan wanita yang menghubungi kemudian bercerita dengan nada suara yang lembut
  26. Dia mula membandingkan anda dengan orang lain
  27. Dia sering menceritakan rakan sekerjanya (lelaki) kepada anda
  28. Akhir-akhir ini anda sukar membawanya untuk keluar makan tengahari sewaktu rehat/alasan sibuk
  29. Dia melarang anda membuka email nya dengan alasan terlalu peribadi
  30. Keadaan suasana rumah tidak teratur/barang-barang tidak berkemas/tidak mengemas rumah
  31. Dia kurang berminat aktiviti bersama anak-anak/beriadah dan sebagainya
  32. Dia akan menolak pelawaan jika anda membawanya ke pusat membeli-belah/tempat biasa kamu pergi bersama dengan beberapa alasan
  33. Dia akan membawa beberapa helai seluar dalam di dalam beg tangan
  34. Dia keluar rumah harum semerbak bagai bidadari namun pulang kerumah seperti pekerja binaan banggunan(contoh)
  35. Dia sering bertanya adakah anda ada teman wanita/curiga
  36. Dia sering bertanyakan alamat-alamat tempat tinggal kawan anda/untuk kemudahan untuknya dating dengan kekasihnya
  37. Dia mula berminat dengan muzik-muzik yang memang anda tahu dia tidak meminati muzik itu
  38. Dia mula berminat mengenai bola sepak tetapi berlainan kelab dengan anda/sebagai contoh: anda meminati manchester united dan isteri anda dengan tiba-tiba meminati pasukan chelsea( ada kemungkinan )
  39. Dia tidak ingin anda membasuh baju-baju/pakaian miliknya
  40. Anda menghidu wangian lain di pakaian isteri selain wangian miliknya atau milik anda
  41. Dia akan memarahi/sangat marah sentuhan daripada anda dan dia mengatakan anda miang dan dia tidak selesa
  42. Dia mula bekerja lebih masa namun tiada bayaran masuk kedalam akaun gajinya/anda diminta merekodkan tarikh tersebut tanpa pengetahuannya dan cuba bertanya bila waktu dia buat kerja lebih masa (anda berpura-pura lupa)
  43. Anda terserempak dia dirumah dimana hari yang sepatutnya dia bekerja
  44. Dia sering hilang tumpuan ketika berbicara dengan anda
  45. Dia akan mengubah setiap perangai orang dirumah dengan tiba-tiba
  46. Dia akan menunjukan minat kepada benda pelik-pelik yang selama ini anda tidak tahu
  47. Dia akan mengeluarkan loghat yang lain ketika berkata-kata/maksud:cara dia bercakap
  48. Dengan secara tidak sengaja dia memanggil anda “sayang” & “darling” padahal selama ini dia memanggil anda abah, abang atau nama/termasuk ketika membuat hubungan badan
  49. Anda terjumpa CD lagu penyanyi lelaki dalam simpanannya
  50. Ada beberapa kesan lipstik melekat pada tisu muka di dalam beg tangan/dalam jumlah lebih dari 3/dia akan menyapu bekas lipstik untuk membuat ciuman
  51. Anda merasa curiga dan menyergahnya di depan pintu rumah/apabila isteri balik dalam keadaan mencurigakan dan tangan si isteri akan bergetar-getar ketakutan apabila anda memegang tangannya
  52. Apabila isteri anda pulang kerumah anda memeluk dan cuba menghidu bau badan isteri/periksa kalau ada bau yang pelik atau wangian lain sebelum si isteri pergi mandi/jika dia marah? confirm ada jantan lain
  53. Dia akan tidur berasingan/ membelakangkan anda / tidak memeluk anda seperti biasa
  54. Dia tidak melayani anda dengan baik tetapi sering menyanyikan lagu-lagu cinta
  55. Pada hujung minggu dia asyik membawa anda bertengkar namun bila hari esok dimana hari bekerja dia kelihatan ceria dan semangat pergi ke tempat kerja
  56. Dia asyik bercakap tidak mahu anak lagi/tidak mahu mengandung
  57. Apabila dia tahu mengandung dia cepat-cepat ingin gugurkan kandungan/dengan alasan belum bersedia mahu anak lagi
  58. Anda merasa pelik isteri datang haid pada hari yang bukan sepatutnya/kemungkinan dia menggurkan anak itu dan tidak mahu anda tahu milik siapa anak itu.(mungkin si isteri tidak dapat memastikan siapa ayah bayi itu anda atau kekasihnya)
  59. Dia akan tergesa-gesa menutup komputer dirumah apabila mengetahui anda tiba-tiba pulang
  60. Dia mula mengubah suai dirinya dengan baju baru dan mencantikan diri namun masih melayan anda dengan buruk
  61. Anda memeriksa hutang kad kredit isteri berlambak namun barangan yang dibawa pulang tidak sama nilai dengan yang ada
  62. Anda memeriksa beg tangan/dompet isteri dan terjumpa bil pembelian dari kedai/shoping mall dimana tarikh dan masa dimana isteri patut pergi bekerja,kerja lebih masa atau kerja dihujung minggu./anda di nasihatkan merekod hari dimana isteri anda kerja lebih masa
  63. Anda terjumpa BIL/CEK “HOTEL/RUMAH PENGINAPAN” dalam beg tangan , dompet atau dimana sahaja termasuk dalam pakaian
  64. Anda terjumpa kepingan kertas atau bil pembelian yang tertera “no telefon, email atau alamat /walau nama wanita sekalipun di atas kertas itu ANda mestilah siasat perkara itu
  65. Ketika dia asyik bermain komputer tidak salah jika anda cuba mematikan suis elektrik utama.Lihat reaksinya, adakah dia akan panik? jika ada masa dan peluang anda boleh menyerbu komputer itu dan periksa apa yang dilawati oleh si isteri
  66. Dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda
  67. Dia akan menyimpan set pakaian yang cantik-cantik , barang kemas yang berasingan daripada pakaian dan barang kemasnya yang lain
  68. Dia akan menyusun set pakaian, alat solekan, barang kemas , kasut dan lain-lain lagi termasuk beg tangan , jam atau seluar dalam mengikut kedudukan yang teratur mengikut hari apa yang dia akan gunakan.Mengenai ini anda harus memerhatikan susunan tersebut dengan teliti dan merekod kan setiap susunan tersebut.Jika anda dapati salah satu pakaian itu tiada dalam susunan dan anda tidak melihat pakaian tersebut digunakan oleh isteri anda mahupun telah di cuci memang sah pakaian atau benda itu dia gunakan untuk berjumpa seseorang.Biasanya, perempuan ini sangat cerewet tentang harta benda miliknya dan jika di pinjam dia akan memberitahu anda atau melenting seorang diri.
  69. Dia akan segera mencuci seluar dalam apabila pulang dari kerja atau baru pulang dari keluar rumah yang pada biasanya memang jarang orang mencuci seluar dalam setibanya pulang ke rumah.(datang haid 100% dikecualikan)
  70. Dia akan berhubung melalui sms atau telefon didalam tandas dan tahap bunyi telefon akan di padamkan
  71. Dia akan menghubungi kekasihnya apabila anak-anak atau anda sudah nyenyak tidur(anda mungkin tengah berdengkur).Jika dia terdesak kerana anda belum tidur dia akan memberi *Ehem* semua suami tentu paham kan.(nafkah batin lah)
  72. Dia akan mula bersubahat dengan rakan wanita kononnya meminta izin untuk membawa dirinya keluar


8 Tips Kekalkan Hubungan Cinta

1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.



Salah Satu Tempat Romantik Di Dunia - Tunnel Of Love

Jika di india ada taj mahal di ukraine ada satu landasan keretapi yg di pagari oleh pokok yg seolah olah berbentuk terowong dan dikenali dengan Tunnel Of Love.

Lelaki Jahat Untuk Perempuan Jahat

Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .
Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ! ! !

Moral of the story - Allah S.W.T berfirman , “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26)

P/S: Jika pernah dikau membuat zinamaka bertaubatlah , kerana ALLAH Maha Pengasih . Dahulu kau melakukan maksiat , kau adalah MUSUH Allah , kinikau bertaubat , kau adalah KEKASIH Allah.

Bagaimana Cara Lupakan Bekas Kekasih?

Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

First of all, cuba kita pikir balik adakah dengan cara kita lupakannya kita akan bahagia?
Sejujurnya lelaki dan perempuan bukan masalahnya, masalahnya kita! Kita sendiri yang buat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

So ,bagi sesapa yang nak lupakan kekasih yang curang dan menduakan korang, bagi sesapa juga yang dok teringat2 lagi kat ex korang ,sehingga memberi kesan buruk kepada korang ini ada
beberapa cara penting untuk korang lakukan…

Sebelum tu, Saya nak cakap,
“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”

Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,
BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are
you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca
sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE
SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je,
“ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara
berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang
boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang
mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah
curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan
memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam
selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi
sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah
dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu
dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat!

INSYAALLAH..

Sumber

Jom Follow Blog Tips Cinta

Powered by Blogger.
Rojak Campur
 
© Copyright 2035 Blog Tips Cinta
Theme by Yusuf Fikri
x

LIKE Page Blog Tips Cinta


Mix-Rojak