7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal

Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.

Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?

Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:

TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan

TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

TIPS 5:
Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

TIPS 6:
Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Jom Follow Blog Tips Cinta

Powered by Blogger.
Rojak Campur
 
© Copyright 2035 Blog Tips Cinta
Theme by Yusuf Fikri
x

LIKE Page Blog Tips Cinta


Mix-Rojak