1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua
lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air
mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel
Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat
bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah
bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan
dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna
dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah
sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih
lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.
Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula
sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan
orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai
tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian
daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya
lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk
hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu
adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan
rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
“You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang
membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya
menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang
agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah
dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan
tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia
dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai
kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu
peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.