Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
- Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
- Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
- Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
- Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
- Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
- Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
- Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
- Lega apabila pasangan memujuknya.
- Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
- Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
- Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.