Perasaan cinta antara kita dan dia kadang kala menjadi dingin terutama setelah lama bersama. Benarlah kata orang cinta umpama pohon yang perlu dibaja agar sentiasa subur. Cinta perlu sentiasa disiram agar segar dan bercambah.
Membajai cinta dengan kesetiaan dan dan kasih sayang serta siramlah cinta agar sentiasa hangat dan mekar selamanya. Jom kita tengok tips menghangatkan cinta agar terus mekar merimbun dan subur sentiasa.
1.Sentuhan
Sentuh lah pasangan tiap hari agar cinta sentiasa mekar dan dirinya rasa disayangai sama seperti dulu. Mungkin kesibukan dan jarak buat cinta makin pudar dan dingin. Carilah kehangatan itu agar tiada perasaan dingin antara kita dan dia
2.Renungan kasih
Zaman baru bercinta renung sampai nak tembus si dia boleh pula? dah dapat nak pandang pun malas. Cakap pun dah tak pandang. Sila buang sikap itu jauh-jauh kerana ia bakal memusnahkan kebahagiaan kalian. Renungan kasih bisa buat jantung si dia berdebar dan menghangatkan kembali perasaan cinta kalian.
3.Kejutan
Sesekali buatlah kejutan untuk si dia. Tak perlu berhabis duit sangat sebenarnya jika mahu memberi kejutan. Kejutan dengan beberapa hadiah comel atau coklat saja dah mampu buat si dia terutama wanita tersenyum manja.
4. Bercuti bersama
Semarakkan hubungan dengan meluangkan masa bersama terutama tempat permulaan kalian meluahkan cinta dulu. Cari kembali saat indah bersama. Apa kata pergi bercuti bersama dan hangatkan kembali hubungan kalian berdua.
5.Kata Romantis
Hadiahkan kata romantis buat dia moga tiap hari dilalui menjadi indah dan hati kalian sentiasa mekar dengan ayat-ayat cinta. Ayat-ayat cinta mampu memberi inspirasi dan motivasi buat pencinta setia.
Ingatlah…kadangkala kekangan waktu dan jarak buat sesuatu hubungan intim jadi hambar dan dingin. Pandai-pandailah kita membangkitkan kehangatan cinta agar ia terus subur dan menghijau. Jangan beri ruang dan peluang untuk berlaku kecurangan akibat kelalaian kita sendiri.