1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya
kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt
pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak
membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia
akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia
lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa
setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu
ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah
mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu
kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin
tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin
flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms
dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan
menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan
sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu
barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara
ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa
sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat
supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin
akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik
seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah
malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang
memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan
hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya
tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan
mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar
kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling ****h di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebahagian besar
“INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah
kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya
dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia
akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya…
dia tetap akan menunggumu.
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut.. Kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup