Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri
atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk
memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan
diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup
berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan
bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar,
namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk
atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.
Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada
badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita,
menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka
menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi
kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan
lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya
dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil
misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang
berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang
yakin dalam hubungan dengan wanita.
Di samping itu dia merupakan
seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal
berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman
hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta
adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia
merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya
.Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi
apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan
marah-marah.
Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang
praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya
merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli
muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana
pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri
,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita. Dia
juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu
tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari
segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia
jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .
Lelaki ini
menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan
merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya
sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya
dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan
syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta
.Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan
yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah
biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang
berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka
bergaul dan bijaksana.
Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan
senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia
seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia
pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja
sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang
lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran
sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi
keutamaanya.
Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan
dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana
menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa
kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang
sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat
dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit
menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin
tahu bukan dari rasa berahi.
Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh
, kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu
biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua
darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang
ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih
wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan
egonya dan lagaknya.
Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan
.Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah
menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan
simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan
terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan
rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah
akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin
tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam
pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup.
Mencari pasangan hidup
agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang
dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah ,
berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka
mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar
memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan
amat sukar untuk bercerai.
Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut.
Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis
.Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan
berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga
suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya
kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting
.Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah
pula reda
Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa
bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana
dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan
mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya
kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan
isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak
lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya
nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya
amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia
kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia
adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan ,
sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta.
Dia
mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus
terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan
mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang
boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar
bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang
kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun
dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan
kecergasannya.
Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada
gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan
menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai
bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau
bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka
pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan
rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka
, menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati.
Antara
kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya
,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak
sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di
kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada
mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan
berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia
biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros
pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan
banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa
yang di anggap penting.
Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana
.Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya
mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya
yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya
gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan
berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia
kegelisahan.
Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya
tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak
cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya
atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan
nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung
untuk mementingkan diri sendiri.
Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia
adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul
dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat
yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama
atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan
menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang
,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka
hidung itu menjadi kembang .Giginya besar.
Dari segi berpakaian , dia
suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros
, dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian
.Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh
hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki
berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang
menyimpan wanita lain .
Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan
sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang
telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah
jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap
dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik
kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek.
Dia mungkin kurang
selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin
dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya
.Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan
amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia
mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia
fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam
pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya
lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah
lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia
agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa
.Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang.
Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk
dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak
mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka
terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih
sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu ,
dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya
.Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak
berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat
komitmen .
Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan
besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan
kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia
mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia
adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi,
hatinya selalu bimbang .
Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya
mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak
romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan
kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita .
Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk
kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau
ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat ,
mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .