Kecurangan dalam rumahtangga sering dikaitkan
dengan para suami.Namun , para isteri juga tidak ketinggalan melakukan
perbuatan serupa. Walaupun perbuatan tersebut ada kalanya bersebab dan mungkin
berpunca daripada sikap suami sendiri, namun jangan cuba bermain api kerana
kelak ia akan membakar diri.
1) Kegagalan suami melaksanakan
tanggungjawab
Isteri adalah amanah dan tanggungjawab Tuhan kepada suami
untuk dibimbing .Sikap lelaki yang mengutamakan kecantikan dan kekayaan harta
benda berbanding ketinggian agama dalam memilih isteri menjadi faktor
berlakunya kecurangan terutama apabila suami gagal menjalankan tanggungjawabnya
sebagai pembimbing dan ketua keluarga.
2) Perasaan ingin dihargai
Isteri tidak memerlukan layanan seks semata-mata,sebaliknya, belaian dan
interaksi berkualiti antara suami isteri juga amat penting kerana ia boleh
menerbitkan rasa dihargai atau diperlukan dalam diri isteri.Ramai suami lokek
untuk memuji si isteri berasa isteri mereka tidak dihargai.
3) Bosan dan
kesepian
Ramai suami membiarkan isteri kesepian dan keseorangan kerana
sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.Meraka lupa bahawa ieteri memerlukan masa
berkualiti bersama.Kesepia dan kebosanan ini membuatkan si isteri mudah mesra
dengan lelaki lain dan bertindak curang.
4) Keperluan seksual
Menurut
Ruth Hamilton, seorang jurnulis Amerika Syarikat, suami sering mengabaikan
kepuasan seksual isteri walhal si isteri sudah berusaha untuk tampil menarik
dan seksi di hadapan suami mereka. Tetapi tindak balas yang diterima tidak
seperti yang diharapkan sehingga si isteri berasa diri mereka tidak di perlukan
sehingga menyebabkan berlakunya kecurangan apabila ada lelaki lain yang memuji
penampilan mereka.