1. Jangan Bercinta Kerana Harta !
Sorry
to say lah kan . Tak de gunanya hidup dilimpahi dengan harta , tapi
tanpa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat . "Cinta" yang sesat
dapat diperoleh setiap saat , tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli
dengan harta . So , renung-renungkan lah ye ?
2. Jangan Bercinta Kerana Simpati !
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Perasaan itu bukan cinta ! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan . Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata .
3. Jangan Bercinta Kerana Rupa Sahaja !
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi ianya bolh luntur kerana usia . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan :)
4. Jangan Bercinta Untuk Kepuasan Nafsu !
Seks
penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh
dijadikan sebajai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri :)
5. Jangan Bercinta Kerana Paksaan Keluarga !
Sebelum itu , Lyssa nak minta maaf if Lyssa tersalah kata yer . Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan
, sekiranya korang pasti yang mereka salah dan korang benar. Berdoalah
dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa korang tak setuju dengan
apa yang telah ditetapkan untuk korang .
6. Jangan Bercinta Untuk Membalas Jasa!
Eh , dah macam cerita Soffiya pulak ! Korang tengok dakk ? Rugi ! haha ~ Ok . Ok . Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat
!! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada
mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain
yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk
menerima seseorang yang bukan pilihan kita :)