1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau
binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja.
Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai
contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu,
ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap
dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang
atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu
contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah
sifat kasih sayang dia.
2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang
baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik
terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki
yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak,
rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu
MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe
3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya.
Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran,
perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga
akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap
balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik
beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana
layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil
yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah
hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan
samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila
si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki
penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau
melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya
kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan
rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu
sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada
sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada,
bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug
menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya.
Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat
humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat
kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih
dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran
dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat
berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni
korang ati-ati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu.
Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang
penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan
kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang
dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur
kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali
memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je.