Tak guna kalau korang pandai macam mana sekalipun tapi korang tak ada
karisma dan keyakinan diri yang tinggi. Apa pulak kaitan dengan handsome
dan smart? Biasanya apabila korang dah ada 'self-confidence' dan
karisma, aura korang akan nampak lebih bertenaga. Contohnya, cuba
perhatikan kat shopping complex muka yang macho & baby face. Ramai
je kan? Tapi sayang sebab bila jalan pandang ke lantai je. Nampak bonar
tak yakin diri tu terbaik. Apapun, mungkin tips ni akan sedikit sebanyak
membantu.
RAMBUT
Kalau
boleh cuba kurangkan pakai topi tak kena tempat. Asal keluar je mesti
pakai topi. Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi. Ke sebab malu
badan tu gemuk? Rilex bro. Kena berani sikit. Tuhan dah bagi rambut
sebab itu perhiasan diri. Jadi cuba gayakan sikit rambut tu, pakai
minyak rambut bila keluar, asalkan jangan nampak kering. Tak tahu nak
buat style rambut yang sesuai? Apa kata pergi salun, nanti amoi tu boleh
buat rambut baik punya. Sebab tak semua jenis style rambut sesuai
dengan muka korang. Dan kalau nak jugak tutup rambut tu, cuba tukar
pakai snow cap. Barulah nampak stylo!
MUKA
Selalu
masalah utama lelaki ni muka berminyak dan kering. Dahi tu dah jadi
macam cermin dah bila muka berminyak. Cubalah cari pencuci muka yang
sesuai dan lepas dah guna pencuci muka tu, gunakan pulak pelembap, baru
kulit tu tak nampak kering yek. Kalau muka dah bersih, jangan pulak bila
berjalan tu buat muka kerek nak bagi penumbuk free, relax ar. Kalau
benci tengok muka orang pun, buat je muka poyo tak bersalah. Apa ada
hal???
PAKAIAN
Malu
badan kurus sangat? Perut ada poshbag? Apa ada hal? Kena tau pilih
pakaian je. Kalau badan tu besar, lebihkan pakai banyak baju warna hitam
untuk nampak lebih kurus dan baju cerah macam putih untuk nampak lebih
berisi. Kalau minat baju berjalur, bagi yang badan besar ni kena pakai
yang berjalur menegak, nanti baru nampak tinggi dan kurus macam buluh.
Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang. Mesti macho der..
Apapun, cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh.
Kalau korang hip-hop tak pe jugak, ini dah la menggelebeh, lepas tu
rambut skema je, memang nampak nerd! So, cuba cari baju yang jarak
antara lengan baju dengan siku ialah 3 jari.
SIKAP
Sikap
ni paling penting. Tak guna kalau style dah ada, tapi perangai haram
jadah kerek. Kalau dengan orang tak kenal takpe, ini kalau keluar dengan
member sendiri pun perangai kerak sebab nak jaga market, sorilah der..
Gua pun rasa macam nak blah je...Kau patut hidup sensorang je. So just
cool, calm and relax. Tak perlu nak menggelabah bajet diri tu artis,
jadi diri sendiri je lagi baik. Cuba rasa enjoy hidup. Kalau hidup untuk
mengurat je, menyesal nanti dah tua baru nak 'huha huha'. Apapun cuba
kuatkan soft skill dalam diri tu. Macam mana cara yang betul bila
bercakap. Ingat hukum karma, kalau kita hormat orang, orang akan hormat
kita balik. Dan kalau kita taikkan orang, orang akan taikkan kita
balik..Apsal kita plak?Koranglah....
P/s: Jangan bajet nak jadi otai bila keluar dengan member ramai-ramai kalau tak mampu jadi otai bila jalan berseorangan.