Showing posts with label Nasihat Cinta. Show all posts
Showing posts with label Nasihat Cinta. Show all posts

Tips Menghangatkan Cinta Yang Makin Dingin


Perasaan cinta antara kita dan dia kadang kala menjadi dingin terutama setelah lama bersama. Benarlah kata orang cinta umpama pohon yang perlu dibaja agar sentiasa subur. Cinta perlu sentiasa disiram agar segar dan bercambah.

Membajai cinta dengan kesetiaan dan  dan kasih sayang serta siramlah cinta agar sentiasa hangat dan mekar selamanya. Jom kita tengok tips menghangatkan cinta agar terus mekar merimbun dan subur sentiasa.

1.Sentuhan
Sentuh lah pasangan tiap hari agar cinta sentiasa mekar dan dirinya rasa disayangai  sama seperti dulu. Mungkin kesibukan dan jarak buat cinta makin pudar dan dingin. Carilah kehangatan itu agar tiada perasaan dingin antara kita dan dia

2.Renungan kasih
Zaman baru bercinta renung sampai nak tembus si dia boleh pula? dah dapat nak pandang pun malas. Cakap pun dah tak pandang. Sila buang sikap itu jauh-jauh kerana ia bakal memusnahkan kebahagiaan kalian. Renungan kasih bisa buat jantung si dia berdebar dan menghangatkan kembali perasaan cinta kalian.

3.Kejutan
Sesekali buatlah kejutan untuk si dia. Tak perlu berhabis duit sangat sebenarnya jika mahu memberi kejutan. Kejutan dengan beberapa hadiah comel atau coklat saja dah mampu buat si dia terutama wanita tersenyum manja.

4. Bercuti bersama
Semarakkan hubungan dengan meluangkan masa bersama terutama tempat permulaan kalian meluahkan cinta dulu. Cari kembali saat indah bersama. Apa kata pergi bercuti bersama dan hangatkan kembali hubungan kalian berdua.

5.Kata Romantis
Hadiahkan kata romantis buat dia moga tiap hari dilalui menjadi indah dan hati kalian sentiasa mekar dengan ayat-ayat cinta. Ayat-ayat cinta mampu memberi inspirasi dan motivasi buat pencinta setia.
Ingatlah…kadangkala kekangan waktu dan jarak buat sesuatu hubungan intim jadi hambar dan dingin. Pandai-pandailah kita membangkitkan kehangatan cinta agar ia terus subur dan menghijau. Jangan beri ruang dan peluang untuk  berlaku kecurangan akibat kelalaian kita sendiri.





Sebab Lelaki Mencintai Perempuan

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.


Sumber



Tanda-Tanda Cinta Semakin Pudar

1. Malas angkat telefon..Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..

2. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..kalah YB.

3. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati.

4. Mula menggelakkan diri dari bejumpa.

5. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.

6. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido.

7. Apa kita buat dah tak betul dimata dia.

8. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.

9. Taip sms pun pendek2 je.

10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer.

11. Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu.

12. Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak.busy.

13. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? Insyallah kalau de jodoh. kejap jer dia tuka topic.

14. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.

15. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.

16. Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’.

17. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.

18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp sekarang dah terbalik.

19. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas.




7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik
 
Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka ‘potong’ dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Mrs Teddy juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan perasaannya.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua…


1. Berikan perhatian sepenuhnya – Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

2. Pandang matanya – Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat – Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Jangan pula anda berikan pendapat, “Ala…biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun…”. Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan – Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Soalan yang boleh anda tanya, “La…macam mana dia boleh jatuh?”.

5. Berikan sokongan kepadanya – Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan – Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Apa yang anda boleh buat adalah, “La…kesian pakcik tu jatuh tangga…”. Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa – Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya




10 Cara Wanita Membuatkan Lelaki Bernafsu

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.




6 Larangan Bercinta

1. Jangan Bercinta Kerana Harta !
Sorry to say lah kan . Tak de gunanya hidup dilimpahi dengan harta , tapi tanpa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat . "Cinta" yang sesat dapat diperoleh setiap saat , tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta . So , renung-renungkan lah ye ?

2. Jangan Bercinta Kerana Simpati !
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Perasaan itu bukan cinta ! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan .  Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata . 

3. Jangan Bercinta Kerana Rupa Sahaja !
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi  ianya bolh luntur kerana usia  . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan :)

4. Jangan Bercinta Untuk Kepuasan Nafsu !
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebajai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri :)

5. Jangan Bercinta Kerana Paksaan Keluarga !
Sebelum itu , Lyssa nak minta maaf if Lyssa tersalah kata yer . Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan , sekiranya korang pasti yang mereka salah dan korang benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa korang tak setuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk korang . 

6. Jangan Bercinta Untuk Membalas Jasa!
Eh , dah macam cerita Soffiya pulak ! Korang tengok dakk ? Rugi ! haha ~ Ok . Ok . Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita :)




Tips Cari Jodoh Bagi Yang Bujang (Perempuan)

Bagi siapa2 yang masih single dan ingin mencari jodoh khas buat perempuan ye...bolehlah ikuti tips di bawah ni...tak ikut pun tak pe. Sekadar berkongsi tips katakan. Tiada paksaan ok. Sebab jodoh ketentuan Allah tapi kena usaha juga. Good luck...:).

1. Hati mesti bersih: Hati kite ni walaupun bersih tapi kadang-kadang ade kotornye.

Contoh: cepat menyampah dgn org, cepat meluat, cepat benci dan sebagainye. Jadi cuba kikiskan sikap-sikap negatif ni supaya terpancar ketulusan / keikhlasan hati utk menyayangi seseorang.

2. Sikap positif terhadap orang: Jangan selalu ade syak wasangka yang bukan-bukan.

3. Ikhtiar: Ini penting...suruh le mak, bapak, kakak, kekawan, sedara carikan. Kalau boleh MANDI BUNGA supaya terserlah keserian wajah.

4. Berdoa pada Allah: Baca ayat seribu dinar 3x dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas every solat.

5. Cara Komunikasi: Kalau bercakap dgn lelaki jgn kasar sgt dan jgn lembut sgt. Org lelaki paling tak suke kalau perempuan cakap kasar.."muka je lawa tapi mulut...kasakkkknyeee". Kalau cakap lembut sgt pun dipanggil mengada-ngada. So take the middle approach.

6. Mempunyai perasaan sayang / caring / prihatin terhadap orang. Kalau tak tunjuk caring, camna org nak care kite balik. Tapi not too much...as mentioned take the middle approach.

7. Last sekali pergaulan kite: Kenelah bergaul dgn org ramai. Barulah nampak muka. Kalau dok memerap kat rumah (bak kata Dr Masyitah) kalau lawa sekalipun..org tak tahu. So, tunjuk-tunjukkanlah muka tu asal tidak melebihi batasan agama.




Jom Follow Blog Tips Cinta

Powered by Blogger.
Rojak Campur
 
© Copyright 2035 Blog Tips Cinta
Theme by Yusuf Fikri
x

LIKE Page Blog Tips Cinta


Mix-Rojak